YA DA'IE !!
Mengapa aku dihidupkan di dunia ini ??
UNTUK SUJUD MENYEMBAH ALLAH
Firman Allah maksudnya : "Padahal mereka tidak diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" (surah Al Bayyinah , 980
UNTUK AKU SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI
Firman Allah maksudnya : "Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah dibumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat , kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab siksaNya dan sesungguhnya Dia Maha pengampun lagi Maha Mengasihani " (surah Al An'am , 165 )
UNTUK AKU MENYERU KEBAIKAN , MEMBANTERAS KEJAHATAN
Firman Allah , maksudnya :Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (yang berdakwah) kepada kebajikan (mengembangka islam) dan menyeru berbuat segala perkara yang baik , serta melarang dari segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya" (surah Al Imran ,104)
ALLAH TIDAK JADIKAN AKU SIA-SIA
Firman Allah maksudnya : "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu dari ada kepada tiada , sahaja dengan tiada sebarang khidmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyagka pula) tidak akan di kembalikan kepada kami? (surah Mukminun , 112)
Maka mencari dan terus mencari CiNtA Ilahi..
Jul
17
0 comments:
Post a Comment